My birthdate is the same as Simon Cowell's. What's your bloody excuse, eh?
Just another WordPress weblog
[powered by WordPress.]
My Granduncle was the designer of our beloved Malaysian flag back in 1947 when Malaya was still a Federation under the British government. My mother was only 10 years old and Tok Ngah was an architect working with the Jabatan Kerja Raya back then. It’s a little weird that I only discovered this fact less than 5 years ago, years after his death. I never really got the chance to know Tok Ngah. He passed away when I was seventeen, and it’s a shame that I only visited him and his family during Raya, and he was bedridden for most of the time that I can remember. It’s a shame I never got to know a national hero. It’s a shame, Tok Ngah, but your legacy still lives and I’m proud to be part of it.
Happy 47th Birthday, Malaysia.
(The following article is written by Mary Victoria Dass and published by Harian Metro on 31st August 2004)

Edisi Nasional: Jasa Mohamed
Oleh Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
PENCIPTA BENDERA MALAYSIA DILUPAI
JOHOR BAHRU: �Hati saya terguris mengenangkan Allahyarham setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.
�Malah, saya kecewa dan terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mempertikaikan Allahyarham sebagai pencipta bendera kebangsaan,� kata Abu Bakar Hamzah, 69, adik bongsu kepada Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Tarikh 31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara.
Pada hari itu juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan British.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan yang kini dikenali Jalur Gemilang iaitu Allahyarham Mohamed Hamzah, malah, Buku Bendera Ku yang dikeluarkan Arkib Negara tidak mempunyai gambarnya.
Beliau juga dikatakan tidak pernah menerima sebarang hadiah di atas hasil kerjanya.
Usaha menjejaki waris Mohamed yang dilakukan Metro Ahad kelmarin berjaya apabila adik bongsunya, Abu Bakar Hamzah, 69, menghubungi pejabat akhbar ini di Kuala Lumpur, semalam.
Berikut temubual wartawan Harian Metro dengan Abu Bakar yang kini menetap di Taman Sri Pandan Johor Bahru mengenai bagaimana abangnya menghasilkan bendera kebangsaan negara.
�Tidak dinafikan Jalur Gemilang memberi pelbagai erti kepada setiap warganegara, namun bagi saya sekeluarga, ia melambangkan hadiah istimewa yang tidak ternilai Allahyarham kepada negara tercinta.
Saya bukan mahu meminta, tetapi saya rasa jasa Allahyarham sewajarnya dihargai. Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramlee dikenang dan dihargai sampai bila-bila, apa salahnya abang saya turut diberi pengiktirafan.
Bagaimanapun, kami bersyukur kerana selepas 47 tahun, akhirnya kami berpeluang untuk berkongsi jasa dan sumbangan Allahyarham abang saya bersama pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.
Abang saya, Mohamed adalah anak kedua daripada 10 beradik. Sebagai anak bongsu saya rapat dengannya. Allahyarham turut mengambil tanggungjawab membesarkan semua adiknya selepas ibu dan ayah meninggal dunia.
Kini semua adik-beradik saya sudah meninggal dunia dan hanya tinggal saya seorang saudara kandung Allahyarham yang masih hidup.
Abang saya seorang yang kreatif dan amat meminati lukisan. Dia begitu tekun dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghasilkan karyanya.
Sejarah Jalur Gemilang bermula pada 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Abang saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan.
Beliau yang ketika itu berusia 29 tahun bertungkus-lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan itu.
Pada masa itu, saya tidak faham dengan sikap abang yang gemar menghabiskan masanya berjam-jam di pejabat semata-mata untuk melakarkan bendera yang menarik.
Saya masih ingat Allahyarham yang menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) menghabiskan masa lebih dua minggu untuk menghasilkan lakaran dua bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.
Satu lakaran bendera ciptaannya menggunakan warna air melambangkan gambar keris dan sarung keris yang dikelilingi 15 bintang (berwarna putih) serta mempunyai latar belakang berwarna hijau.
Lakaran bendera kedua pula melambangkan bintang berbucu lima dan bulan sabit berwarna kuning serta berlatar belakang biru, mempunyai 14 jalur berwarna merah dan putih.
Saya yang ketika itu berusia 11 tahun masih ingat detik apabila beliau tersenyum lebar ketika kedua-dua lakaran bendera yang dicipta Allahyarham dipaparkan dalam akhbar tempatan.
Malah, gambar yang dipaparkan itu juga membolehkan orang ramai membuat pilihan bendera sebelum diisytiharkan sebagai bendera rasmi negara.
Mengikut keratan borang pemilihan yang dipos penduduk tempatan, akhirnya bendera yang mengandungi empat warna yang dicadangkan itu diisytiharkan sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanapun, selepas pengumuman itu dibuat, abang saya ada menerima kunjungan peribadi Allahyarham Datuk Onn Jaafar bagi melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap bendera itu.
Datuk Onn yang berkunjung ke kediaman kami di Jalan Ungku Puan (Johor Bahru) mencadangkan abang supaya mengubah suai bentuk bintang kepada 11 bucu bagi melambangkan negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan tiga negeri selat iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
Walaupun tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur pada Hari Merdeka, namun Allahyarham yang bekerja sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor cukup gembira dengan sumbangan beliau kepada negara.
Abang saya empat kali mendirikan rumah tangga dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Mariam manakala empat anak angkat iaitu Khadijah, Azizah, Mohd Ali dan Mohd Seth.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari lagi sebelum genap usianya 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee.
Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Jalur Gemilang kebanggaan kita semua.�
[powered by WordPress.]
i·zad1 (í·zäd) n. obnoxious, hypocritical, pretentious, judgmental, mean, pessimistic, arrogant, annoying, self-centered, harsh, sneaky, rebellious, strange, horny
i·zad2 (í·zäd) n. outspoken, honest, passionate, witty, creative, loyal, dependable, confident, resourceful, punctual, independent, uninhibited
Izad's Trivia Challenge
Daily Trivia
Wicked: The Life and Times of the Wicked Witch of the West by Gregory Maguire
Seven Ancient Wonders by Matthew Reilly
42 queries. 0.796 seconds
March 28th, 2005 at 12:25 pm
Hello,
Saya menghargai akan jasa sesorang yg telah mencipta bendera Malaysia. Ttp sayang, kerap kali saya bertanya apakah rakyat Malaya pada ketika itu, terutama yg cerdik pandai tidak pernah melihat bendera Amerika Syarikat dengan jalur merah-putih dan berkotak biru yang seakan sama? Apakah rakyat Malaya tidak begitu kreatif? Tidak merujuk pada badan dunia? Bukan kah telah ada mereka yg telah pernah ke London? Buat pengetahuan sekelian, bendera M’sia pernah menjadi bahan tawa rakyat Amerika. Apatah lagi setelah mereka tahu kita merdeka lebih kemudian dari mereka. Jadi mereka pernah tanya saya, mengapa bendera negara kita lebih kurang sama dengan bendera mereka dan mengapa kita tak boleh mencipta sesuatu yang lebih unik…
August 27th, 2005 at 9:17 pm
cuba lihat dgn teliti antara bendera jalur gemilang dengan bendera negeri johor..apa persamaan antara kedua-duanya?semua warna yg sama kecuali penambahan warna kuning .Lagi satu, pattern kedua-duanya seakan sama bukan? perlu diingat, pemilihan muktamad adalah hasil undian seluruh rakyat malaya ketika itu
August 29th, 2007 at 12:36 pm
[…] pps. What would Tok Ngah think of me, celebrating our 50th Independence Day in Singapura? [link] […]