Culturally Preconditioned

My birthdate is the same as Simon Cowell's. What's your bloody excuse, eh?

Just another WordPress weblog

[powered by WordPress.]

August 30, 2005

Selamat Hari Merdeka Ke-48 Malaysia!

by @ 2:27 pm. Filed under General

It’s been almost exactly a year since my last entry about paying
Tribute To Tok Ngah (Sejarah Pencipta Jalur Gemilang).
I found another follow up on the article dated November 2004 written by Mary Victoria Dass from Harian Metro. My Tok Ngah - The Unsung Hero

JEJAK PENCIPTA JALUR GEMILANG: YWJ ada bukti sahih
Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi berkata, maklumat dan dokumen yang ditemui selama ini mampu menyelesaikan beberapa pertikaian mengenai sejarah penciptaan Jalur Gemilang. Beliau berkata, selain lakaran mahupun karya Allahyarham Mohamed yang ditemui berkaitan dengan Jalur Gemilang, pihaknya juga berjaya mengumpul beberapa maklumat penting menerusi laporan surat khabar.

�Sesuatu rumusan bukan saja boleh dilakukan berdasarkan dokumen hitam putih, malah bukti-bukti lain yang sesuai dan memadai juga boleh membantu sebarang keputusan dilakukan.

�Sehingga kini, kami turut berjaya mendapatkan beberapa saksi dan sumber yang terdiri daripada rakan karib serta anak didik Allahyarham bagi menyelesaikan pelbagai kekeliruan mengenai sejarah kewujudan bendera negara kita,� katanya.

Dzulkarnain berkata, walaupun pada permulaannya, beberapa individu tampil mempertikaikan identiti sebenar pencipta asal Jalur Gemilang, namun pihaknya tidak menafikan bahawa sehingga kini pihaknya hanya menemui bukti yang memihak kepada Allahyarham Mohamed. Beliau berkata, individu yang mempertikaikan jasa Allahyarham berkenaan juga tampak mendiamkan diri berbanding keluarga dan rakan arwah yang memberi kerjasama penuh kepada YWJ mahupun Arkib Negara.

Menurutnya, selain hasil penyiasatan daripada dokumen lama yang ditemui di stor JKR dan temubual dengan keluarga serta anak didik Allahyarham, pihaknya juga mengakui buku mata pelajaran Sejarah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tingkatan Lima menyatakan Allahyarham sebagai insan yang bertanggungjawab mencipta bendera Malaysia.

�Buku sejarah berkenaan yang digunakan bagi sesi pembelajaran di hampir semua sekolah menengah di seluruh negara mungkin tidak mengandungi fakta-fakta yang salah mengenainya.

�Malah, buku berkenaan yang dihasilkan oleh beberapa ahli sejarah terkenal juga berdasarkan rekod dan maklumat sahih yang diperolehi, � katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat pengesahan mahupun pengumuman secara terbuka kepada masyarakat mengenai hasil siasatan berkenaan. Menurutnya, semua pengumuman hanya berhak dilakukan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) mahupun jabatan kerajaan lain yang dipertanggungjawabkan.

�Kami berharap semua lapisan masyarakat termasuk keluarga mahupun rakan Allahyarham bersabar sementara arkib melakukan sebarang pengesahan atau pengumuman, � katanya.

Leave a Reply

[powered by WordPress.]

i·zad1 (í·zäd) n. obnoxious, hypocritical, pretentious, judgmental, mean, pessimistic, arrogant, annoying, self-centered, harsh, sneaky, rebellious, strange, horny

internal links:

External Attention Whoring links :

MySpace
WritersNet
Facebook
NaNoWriMo
Amazing Race All Star
(fuck you, TARA casting people)

categories:

search blog:

archives:

2008: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
2007: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
2006: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
2005: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
2004: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
2002: Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec


other:

 

i·zad2 (í·zäd) n. outspoken, honest, passionate, witty, creative, loyal, dependable, confident, resourceful, punctual, independent, uninhibited

CP's Daily DOse

Malaysia Blogsites List

Izad's Trivia Challenge
Daily Trivia

Planned books:

Current books:

  • Wicked: The Life and Times of the Wicked Witch of the West

    Wicked: The Life and Times of the Wicked Witch of the West by Gregory Maguire

  • Seven Ancient Wonders

    Seven Ancient Wonders by Matthew Reilly

Recent books:

View full Library

25 queries. 0.655 seconds